Wednesday, April 13, 2011

Yakin pada diri


Assalamualaikum w.b.t… hari  ni rasa nak share something yang baru aku baca… agak menarik dan juga dapat menaikkan balik semangat dan keyakinan diri yang luntur…Harap dapat dihayati dan difahami...

Kejayaan dan kenangan manis di masa lalu’.
Adakah anda pernah mengecap apa-apa kejayaan (walaupun kecil) di masa lalu? Pernahkah anda menang apa-apa pertandingan, mendapat apa-apa anugerah atau dihadiahkan dengan sesuatu yang istimewa? Jika pernah anda boleh gunakannya sebagai sumber keyakinan diri.
Masalah utama orang-orang atau pelajar yang tidak yakin diri ialah mereka terlalu fokuskan minda mereka kepada kelemahan diri mereka. Mereka sentiasa terlihat akan kelemahan diri mereka setiap hari dan setiap masa. Apabila mereka lihat kecemerlangan pelajar lain, mereka rasa mereka tidak cemerlang.

Apabila mereka melihat kehebatan orang lain, mereka terlupa akan kehebatan mereka.
Jadi, jika anda bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap keyakinan diri anda, senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis (lebih banyak lebih baik)  di masa lalu yang boleh membuat  rasa gembira, seronok dan yakin dengan kebolehan diri . Setelah senaraikan, cuba imbas kembali saat itu, ingat kenangan itu sejelas-jelasnya dan rasakan apa-apa perubahan keyakinan di dalam diri.

Langkah seterusnya ialah anda perlu imbas semula kenangan ini. Cari satu tempat yang tenang. Duduk dengan tenang dan imbas kembali kenangan ini semua. Jika anda seorang pelajar, boleh lakukan aktiviti ini sebelum mula belajar.
Semasa mengimbas kenangan itu juga, cuba rasakan betapa keyakinan diri  sangat tinggi ketika mengecapi kejayaan itu.Teruskan berada di dalam perasaan itu semua buat seketika. Kemudian, dalam masa yang sama, cuba fikir begini, ‘kalau dulu boleh berjaya, maknanya aku pun orang yang hebat. Kalau dulu boleh berjaya, sekarang pun mesti sama boleh berjaya juga!’
Apa yang berlaku apabila anda lakukan aktiviti ini? Sebenarnya, apabila mengimbas kenangan kejayaan ini, anda sedang cuba mengekalkan imej kejayaan di dalam minda. Dalam satu masa, manusia hanya boleh meletakkan satu imej sahaja di dalam minda mereka untuk difokuskan. Maksudnya, jika anda sedang fokus kepada kegagalan lepas, imej kegagalan akan memenuhi minda anda. Jadi, imej kejayaan tidak akan berada di situ. Akibatnya, anda jadi resah, gelisah, bimbang setiap masa dan hilang keyakinan diri.
Sama juga, apabila anda kekalkan imej kejayaan, ia akan memenuhi minda anda dan imej kegagalan tidak akan ada di situ. Hasilnya, anda rasa lebih tenang, ceria dan yakin dengan kebolehan diri anda.

Bila kita cipta/reka  satu kenangan kejayaan di masa lepas di dalam minda, minda kita tidak tahu yang ia hanyalah satu imaginasi dan tidak pernah berlaku. Jadi, walaupun ia hanya imaginasi, minda kita boleh memberi arahan kepada tubuh kita untuk ketawa, senyum atau menangis disebabkan imaginasi itu. Hebat bukan?
Ini bermakna, apabila kita bayangkan yang kita seorang yang hebat dan petah berkata-kata di masa lepas, minda kita akan beri arahan kepada seluruh tubuh kita agar berkelakuan, bergerak, berkata-kata seperti seorang yang betul-betul hebat dan petah berkata-kata. Kesannya kita akan menjadi yakin dan benar-benar percaya kita boleh menjadi hebat dan petah berkata-kata. Namun kita perlu ingat, yakin dan boleh buat adalah dua perkara berbeza. Ada orang yakin untuk bercakap dikhalayak ramai tetapi tidak boleh bercakap dengan baik. Ada orang yakin boleh menendang bola tetapi menendang seperti kayu memukul bola. Keyakinan perlu diikuti latihan susulan. Apabila kita yakin dan berlatih, kta lebih mudah menguasai sesuatu ilmu.
Jadi hari ini, fikirkan apa kenangan kehebatan di masa lepas yang ingin anda cipta atau reka? Keyakinan diri untuk apa yang anda mahukan.
Jika kita benar-benar mahu meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan apa sahaja, ada beberapa perkara yang harus kita lakukan berdasarkan tips keyakinan diri ini. Sebelum itu, bayangkan diri kita dalam satu situasi yang selalu membuat kita rasa tidak yakin dan lemah semangat.

Langkah pertama, kita patut sedar bahawa rasa berdebar diikuti degupan jantung yang begitu kencang adalah perkara biasa. Jangan merungut dan berharap agar kita tidak rasa berdebar. Rasa berdebar itu boleh membantu kerana ia sebenarnya akan membuat anda lebih berhati-hati dan peka.
Langkah kedua, jika rasa berdebar membuat anda tidak boleh berfikir dengan baik, lakukan dua perkara ini. Satu, tarik nafas sedalam mungkin dan tahan selama beberapa saat. Jangan fikir apa-apa. Lepaskan nafas itu dengan gaya orang merasa lega. (Boleh bayangkan orang rasa lega lepaskan nafas bagaimana?). Kedua, senyum dan bayangkan/imaginasikan anda telah berjaya lakukan apa yang anda mahu lakukan dengan begitu baik sekali. Perkara ini  belum berlaku tetapi ia adalah sumber keyakinan diri yang anda cipta sendiri di dalam minda. Fokuskan minda pada imaginasi ini.
Langkah terakhir, cuba ingat gaya seseorang yang kelihatan yakin dan bersemangat. Ingat gaya mereka itu dan tiru gaya tersebut. Tiru juga bagaimana nada suara yang mereka gunakan. Jangan risau jika ia tidak menjadi 100% kerana ia tidak perlu. Maksud saya, tidak perlu jadi 100% untuk anda jadi yakin dan bersemangat.

^_^
 

Monday, April 4, 2011

QUIZ+TEST+FINAL EXAM

Sekarang ni agak sibuk dengan perkara-perkara di atas..
sebab tu la dah berhabuk blog aku...lama betul tak update...
semalam test FAR..dan aku tak dapat nk balancekan balancesheet...huhu..sedih2...
pagi td plak baru je test math...disebabkan markah aku tk berapa byk test lepas so, aku btul2 la study math semlm...tak pernah2 habis kan sume soalan past exam sebelum nie,tp kali ni aku berjaya  buat sampai habis...haha..alhamdulillah, aku dpt jwb better dari test lepas...
erm,,final tinggal 16 hari je lagi...takut sgt...
oleh itu, aku pun nak p study...
















16 hari atau lebih dari sekarang baru aku jenguk balik blog nie...
bye2....