Sunday, January 20, 2013

Assalamualaikum w.b.t...

Lama dah aku tak update blog ni. Aku just nak share hangout time dengan housemates kat UiTM. Lepas beberapa kali planning nak keluar bersama akhirnya terjadi jugak plan tu. Memandangkan Anis yang bawa kereta maka dia lah yang pick up sorang-sorang dari rumah. Start dari Pasir Mas ke Kota Bharu ke Pengkalan Chepa. Lepas ambik Leen dan Ain kat PC kitaorang pun bertolak ke Pantai Melawi. Ain sebagai penunjuk jalan sebab Ain je yang tahu jalan nak kat sana. Sampai je Pantai Melawi, angin kuat sampaikan aku nak buka mata pun bermasalah. Ombak pun agak besar. Aku memang takde keberanian la nak pergi dekat dengan pantai. Lepas jumpa spot yang menarik kami pun keluarkan segala makanan yang ada. Tapi kitaorang tak makan pun sebab angin kuat. Lepas give up dengan angin, jadi kitaorang decide nak pergi Taman Tengku Anis. Tapi bila sampai sana, taman tutup sebab waktu solat Jumaat. Semua dah takdak idea nak lepak kat mana. At last, pergi rumah Leen. Berpicnic kat ruang tamu rumah Leen. Macam-macam dugaan haritu. Macam mana pun kitaorang still enjoy and happy dengan 'picnic' tu. >.<

Pantai Melawi- Ombak kemain kuat sampaikan nampak warna coklat je.

Ber'picnic' dirumah Leen

(: Kami. - Wanie.Anis.Dila.Ain.Leen.Dayana :)