Wednesday, December 12, 2012

12 December 2012

Assalamualaikum wbt..

Hai... Baru aku sedar dah 5 bulan tak update apa-apa kat blog. Maknanya satu sem akhir aku tak update apa-apa padahal banyak je peristiwa yang berlaku. Nampak sangat kemalasan aku di situ. :D Sempena 12.12.12 yg memang tak akan ada lagi tarikh berturut-turut macam ni aku dengan rajinnya nak menaip kat sini walaupun berebut broadband dengan adik. Aku taktau pun nak coret pasal apa. Idea kering sangat sekarang ni. Tambah pulak bila duk kat rumah yang kerjanya tidur, makan, laptop, tv, novel. Baru nak masuk dua minggu kot cuti tapi aku dah taktau nak buat apa. Ada lagi 2 bulan setengah ni woii.. Harap hari yang mendatang ni dapat aku manfaatkan dengan baik.

*still tengah fikir lagi nak buat apa*

ps: jangan cakap pasai kerja. Aku takdak mood nak kerja.

(^_^)


Sunday, July 15, 2012

Coretan 20120715


Assalamualaikum w.b.t.

Dikala ini lagu Thanks To sedang berkumandang.. tapi entri aku hari ni takde kaitan dengan lagu ni.. =)

Agak lama aku tak update blog sebab memang takde idea nak update apa. Hari ni tiba-tiba teringin nak mencoret sesuatu. aku nak share sesuatu pasal persahabatan. Sesungguhnya dalam sebuah persahabatan takkan lari dari sedikit perselisihan. Pasti akan ada rasa tak puas hati dengan sesuatu. Oleh itu, aku rasa lebih baik berterus terang dengan cara yang baik. InsyaAllah hubungan persahabatan itu akan kembali pulih. Aku sendiri pernah mengalami peristiwa rasa tak puas hati ni. Tapi bila kita fikir secara positif rasa tu hilang serta merta. Macam-macam cara boleh dilakukan untuk melupakan peristiwa yang menyedihkan. Kita boleh sibukkan diri dengan sesuatu yang berfaedah, ingat memori yg best2 dan paling senang bagi aku ialah tidur..hahaha.. Aku memang suka tidur bila tengah ada masalah. Semakin lena tidur ada lah. Sesetengah orang mesti tidur pun tak lena, makan pun tak lalu. Tapi diriku bukan begitu. =P Bila bangun tidur je aku rasa macam masalah tu semakin hilang. Selain tu tak lupa juga untuk mengadu kepada Allah SWT.. InsyaAllah kita akan rasa tenang-setenangnya.. Sekian.. Wassalam..

^_^

Saturday, May 12, 2012

Wednesday, May 2, 2012

PWTC >> Berjaya Times Square

Assalamualaikum wbt...
Dah sebulan lebih tak jenguk blog ni.. tak tau la aku ni sibuk buat apa sampai tak ambil kisah dekat blog.. :D
Semalam sempana Labour Day aku ke PWTC sebab ada Pesta Buku Antarabangsa. Aku nak pegi shopping buku kat situ. Ramai sangat orang kat pesta buku tu. kena cari ruang yang kosong sikit baru boleh jalan. Kalau tak memang berasak-asak  dengan orang ramai. Aku pegi dengan dila, hannan n ezzaty. Dalam pukul 11 lebih kawan dila, jiha n adik dia farah datang kat book fair tu jugak. Bila jiha datang kiteorang dah mula berpecah.. ezzaty pun dah jalan dgn kawan dia, aku pulak jalan sekali dgn anan,dila, jiha n farah.
Buku-buku ini lah menyebabkan expenses ku banyak untuk bulan ni.

 Lepas penat pusing2 dalam pwtc tu, kitaorg keluar n decide nak pergi times square. Sebelum tu kitorang bukan niat nak ke times square pun, sebenarnya nak pergi sogo. tapi memandangkan dah berpecah dengan ezzaty dan aku pun memang tak tau macam mana nak pergi sogo n nak balik ke kolej maka ke times square lah kami berlima. Sampai je Berjaya Times Square first sekali yang kiteorg nak buat ialah cari tempat nak makan. sangat 2 la lapar masa tu. Selesai makan kiteorng pun solat zuhur. Ada satu peristiwa yang best lepas solat zuhur..hehehe.. kalau ingatkan balik mesti nak gelak kuat2.. lepas keluar dari surau kat level 7 kitaorg tunggu lift. Disebabkan memang dah lama tak pegi sana, adalah lift baru. Kiteorng duk la depan lift yg baru tu. tengah seronok borak2, aku terperasan yang lift lama dah buka dulu utk turun, so aku pun tarik la hannan then jiha n adik dia pun ikut sekali. bila masuk je dalam lift n pintu pun dah tertutup, jiha pun kira cukup ke tak 5 org. tengok2 sorang tak cukup. rupa-rupanya kiteorng tertinggal dila kat level 7 tu.. hahahaha..  Kelam kabut pulak call dila.. dua2 fon dia takleh call sebab dia pun call kiteorg jugak.. kiteorg suruh dila turun level 7. Bila dah ada pertemuan semula dengan dila, dila pun citer yang dia ingat kitaorng nak main sorok-sorok dengan dia. hahahaha.. Aku ingatkan dia sedar yang kiteorg dah lari masuk lift lain. memang tak boleh nak lupakan la peristiwa lift tu. Lepas dah penat berjalan aku, dila n anan decide nak balik dulu. kiteorng berpisah ngan jiha n farah. masa nak balik tu hujan sangatlah lebat..tapi kiteorng tetap redah hujan nak tunggu bas ke shah alam. dahla spanjang hari tu asyik kena berdiri je dalam public transport dari naik ktm, lrt, monorel n bas, semua kena berdiri. kaki memang sakit sangat lah. Dalam pukul 9 malam baru lah sampai kolej. Walaupun letih sangat tapi tetap rasa happy n puas hati.. ^_^

Friday, March 16, 2012

Number One For Me by Maher Zain

Assalamualaikum wbt...
hari ni dengar lagu baru Maher Zain untuk ibu..
suka lirik lagu ni..
I Love my Umi so much    
  You're Number One For Me   

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari~

Assalamualaikum wbt..
berjumpa lagi dengan 29 februari selepas 4 tahun..
tak tau nak update pasal apa..
just nak bagi tarikh 29 februari ada dalam senarai..hehehe.
Happy Birthday buat sape2 yang lahir 29 februari.. especially to my dear cousin Yan..
and yang paling penting tarikh 29 feb ni banyak sangat kerja yang kena buat..
assignment..presentation..test on this day.. 
♥(: Wish me luck!!! :)

Monday, February 20, 2012

Something New

Assalamualaikum wbt..
Kebelakangan ni aku rasa kulit muka aku tak terjaga sangat2. dah setahun lebih aku tak pakai apa2 kat muka selain dari guna Clean n Clear untuk cuci muka. So, disebabkan rasa macam tak selesa, aku pun decide nak beli moisturizing cream.. tapi bermasalah jugak nak cari cream ni sebab tak tau mana yang sesuai.. tambah pulak muka aku sangatlah oily bila waktu siang. Dan setelah beberapa minggu buat survey nak pakai cream apa, aku pun decide untuk pilih cream ni, Organic Aid  Vitamin E Moisturizing Cream.
Setakat ni pakai okey lagi. just guna waktu malam sebab tak nak bagi muka oily. harap2 cream kali ni menjadi dan aku tak buang macam product2 lain yang aku pernah pakai sebelum ni.  (^_^)

Saturday, February 18, 2012

I Need Strength -.-'

Assalamualaikum wbt.
lately ni rasa down sangat2 dengan semua benda.
nak give up pun ada.
saya sangat memerlukan kekuatan untuk menempuhi segala cabaran.
terutama sekali memohon kekuatan dari Allah SWT...
Alhamdulillah bila fikirkan umi n abah aku rasa kekuatan untuk tempuh segala dugaan dan cabaran tu bertambah.
Aku tak nak menghampakan mereka. Umi n Abah dah banyak berkorban untukku.
I want to do the best for them.
 "ya Allah bantulah hambaMu ini untuk tempuh segala cabaran yang akan mendatang dengan sabar dan redha."

Tuesday, February 14, 2012

Tuesday, January 31, 2012

♥Idaman Hati♥

Really fall in love with this Red Nikon 1. Bila la camera ni nak jadi milikku..hmmm.. Maybe one day.. InsyaAllah.. ^_^

Thursday, January 19, 2012

Role Play (:

Assalamualaikum wbt..
Lamanya aku tak jenguk blog ni.
dah nak habis pun Januari 2012.
hmmm..
Hari ni nak story pasal RolePlay untuk course Bel312..
semua students part3 n part4 kena present RolePlay ni. So aku pun terlibat sama lah.
Hari ni my group dah present RolePlay yang mengisahkan seorang receptionist hotel yang rude.
watak utama Nura Adila, dan barisan pelakon yang lain Fazleen and Anis as Guest from Golden Holding, Wanie as Chief Receptionist and a guest.. and I'm play as the Manager. hahaha.
Aku Manager?? Hmmm..agak teruk apa yang aku lakonkan masa RolePlay tu..
sepatutnya aku kena marah-marah tapi aku tak tahan nak ketawa. Memang hampeh, tak jadi la watak aku tu.. susah kot nak tukar mood serius..huhuhu.. I'm sorry guys coz tak perform well masa tu.. Hormon ketawa terlebih banyak. hehehe.. ni ada la beberapa gambar yang sempat disnap..


Manager yg tak jadi buat muka marah. nak tergelak je kejenya. :D
Leen dengan 'innocent'nya pegi kaunter tapi kena marah. adeiyh.
scene Leen n Anis :D

sibuk je ngan kuku dia. keje tak buat.

anis yg nyampah ngan receptionist tu. n manager pun kena tempias.
Dila kena marah dgn chief receptionist. mmg lain la Wani masa ni. i'm impress.hehe

After RolePlay : 'Manager and The Receptionists'

After RolePlay: sempat lagi berposing. :D

Wordless (:





<3 ^_^ <3