Friday, December 30, 2011

30 December

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. syukur Ya Allah sebab masih beriku peluang hidup di atas muka bumi sehinga kini, 19 tahun..
terima kasih juga untuk umi yang melahirkanku 19 tahun yang lalu dan membesarkanku..
terima kasih untuk abah yang mendidikku dari kecil hingga kini.. sayang umi n abah sangat-sangat.
thanks untuk kawan2 yg wish birthday tak kira msg or di fb. n thanks to sape2 yg dah bagi present..hehehe..
Azam di usia yg baru ofcourse utk jadi org yg lebih berguna.. satu lagi kumpul duit sendiri n beli barang idaman hujung tahun 2012 nanti.. tak sabarnye rasa nak pegang barang tu nanti.. :)
^_^

Saturday, December 17, 2011

Find

one of my favourite songs


i love to hear n sing this song when i'm sad.

Wednesday, December 14, 2011

sempena cuti keputeraan Sultan Selangor

Assalamaualaikum wbt..
post ni tiada kaitan dgn tajuk di atas.. ahahaha..
minggu lepas sekali lagi negeri Selangor cuti weekend and sambung cuti hari isnin.. aku memang suka kalo cuti2 ni.. ;P
cuti kali ni sangatlah best sebab dapat gak join family ke langkawi tengok LIMA 2011..
tapi aku tak pegi pun tgk LIMA tu..
Hari Jumaat lepas habis kelas kul 5ptg aku keluar daripada kolej untuk ke LCCT.. sorang-sorang tu.. tak pernah pun aku gerak sorang2 pegi mana-mana..hehehe.. dalam pukul 6 lebih aku sampai LCCT dapat msg dari Airasia yang flight delay dari kul 9.15 ke 10 lebih.... agak sakit hati gak la.. dahla taktau ape nak dibuat kat situ.. boring giler kot.. lepas 4jam baru la berlepas ke Langkawi.. bila sampai je airport sana umi sambut aku betul2 kat depan arrival...huhuhu..sangatlah happy masa tu walaupun mula2 rasa geram ngan flight delay tu..
Keesokan harinya start perjalanan mengelilingi Langkawi.. kita start lawat Makam Mahsuri.. actually dah masuk kali kedua aku pegi situ.. kat situ just tgk apa yang ada n berlaku zaman mahsuri dulu..
lepas tu, pegi pulak mengililingi pula Kilim Geoforest Park.. best sangat sebab dapat tengok laut yang luas dengan motorbot..
pulau ni nampak macam orang tengah baring

atas bot
pergi gua kelawar.
pegang belangkas.. bagi makan kat ikan pari.
belangkas




ada nampak macam muka orang tak.?

orang panggil ni Pulau Kasut..memang nampak macam kasut pun..

lepas habis round2 pulau tu.. kitaorg pegi kat kolam air panas.

then bawa kanak-kanak yang nak main pantai kat Tanjung Yu kalu tak silap..
with umi n chuda
tu lah perjalanan sepanjang hari kat Langkawi..malam pulak pergi shopping kat Haji Ismail Group...dekat RM200 habis malam tu beli coklat yang org kirim n untuk diri sendiri.. walaupun sekejap kat Langkawi tapi best sangat bila dapat bercuti dgn family ni.. :)

Thursday, December 1, 2011

1 Disember 2011

Assalamualaikum wbt.
Welcome December!!!
Akhirnya dah masuk bulan disember.. penghujung 2011..
Aku suka dengan disember..
Banyak memori bulan disember..
Harap2 disember kali ni pun dapat memori2 yang best2 n indah2 belaka.. hahaha.. :D


Wednesday, November 30, 2011

sayonara~ November 2011

Assalamualaikum. wbt..
November pun dah nak berlalu..
minggu ni masuk minggu kedua aku start new semester.
Awal2 semester pun dah ada cuti banyak. Isnin lepas cuti awal muharam. so memandangkan weekend sambung dengan cuti awal muharam, aku pun balik rumah Chuda kat Bukit Indah, Ampang dengan Leen. Hari Jumaat tu sebelum ke rumah Chuda kitaorg pergi klcc tgk movie Aku Bukan Tomboi. hehee sempat lagi tengok movie tu. dahla masa tu aku dapat demam selsema. memang tak larat la malam tu. pastu hari sabtu tu pun kitaorg pegi klcc sekali lagi. tapi kali ni dengan family Chuda. Aku ngan Leen jalan-jalan je dalam Suria tu. Tak mampu nak beli pape. tengah pokai masa tu. Kitaorang ikut je Ayah Su n Chuda shopping. :D



That's all for November.. bye2 November.. December will be month with my beloved family. Can't wait for this 9 Dec. gonna meet my family at Langkawi.. :) I hope can make sweet memories in December 2011. InsyaAllah.. I also will be 19 years old for this December. :)

Friday, November 18, 2011

untitled

aku just nak bagitau, aku SEDIH sangat-sangat.. aku STRESS sangat-sangat.. aku nak NANGIS sepuas hati aku hari ni.. k,bye..
:'(

2 Days Left

Assalamualaikum wbt..
dah nak habis pun cuti sem kali ni. rasa macam cepat sangat masa tu.. lagi 3 hari dah start new life in semester 3. insyaAllah aku akan cuba berubah kepada seorang student yang lebih rajin untuk sem baru. i'll try to increase my result for this new sem.. InsyaAllah..  :)
Isnin start kelas, tapi aku terpaksa tak hadir sebab nak jumpa parents aku yang baru sampai dari Tanah Suci. kalau aku tak jumpa umi n abah masa tu, alamatnya hujung bulan 12 la baru jumpa.. sekarang ni diri sendiri pun aku rasa dah ada kat klia nak sambut umi n abah.. rindu sangat2 dah ni..huhu.. thanks to my cousin kak ana, yg nak ambik aku kat shah alam n bawak pergi klia nanti.. thank you so much... :)

Wednesday, November 16, 2011

:'(

awk ada masalah ke?
bagitahu la saya. mana la tau saya boleh tolong.
awak hilang kat mana??
awak buat saya tertanya-tanya tau tak....
sekarang ni saya lagi risau sebab dengar orang bagitau sesuatu pasal awak.
tapi takpelah kalau awak taknak bagitau saya apa-apa..
mungkin saya ni orang asing bagi awak..huhuhu
maafkan saya kalau saya ada buat salah dekat awak.  maaf sangat2..
kalau awak bersedia saya tetap sudi dengar masalah awak.
 :'(

Saturday, November 12, 2011

Lee Seung Gi - Because We're Friends

New song from Lee Seung Gi..


sakitnya rasa bila kena pendam perasaan macam ni.

Wednesday, November 9, 2011

Memories ; Matrik's Life..

Assalamualaikun wbt..
tetiba malam ni aku nak entry tentang suasana kat matrik.. best sebenarnya duk kat matrik penang ni.. tapi sebab aku sendiri yang tak boleh nak carry on, so aku pun decide nak quit matrik.. aku sempat duk kat sana dalam 6 bulan.. habis jugak la satu sem.. kat sana kelas dipanggil praktikum, aku dalam H5P5.. macam2 kenangan kat matrik yang aku ada..roomates aku fatihah, haida n azra..aku jugak dapat kenal ngan kawan2 azra, syidah,nina n haziyah..best dapat kenal ngan korang.. pastu kawan2 praktikum aku pun baik2..bertuah dpt kenal diorang.. ni lah some of pictures yang aku ada untuk buat kenangan..
Ni masa larian KAKOM.. disebabkan masa ni musim bola so tema kitaorang pun kait ngan bola..



Yang bawah nie pulak kenangan aku masa buat eksperimen kimia, biologi..
sempat jugak aku merasa bedah tikus ni..

Gambar2 masa sambutan hari raya 1 Malaysia..
with mentor H5P5, Pn.Laili


masa berbuka puasa untuk students blok A

Yang ni pulak masa sambutan Hari Kemerdekaan.. kalau tak silap masa ni bulan puasa jugak.. 

 dan gambar-gambar lain..banyak jugak la gambar aku kat matrik ni...

dalam library
with asma hanim and iman..best dapat kenal iman.. :)

masa ni aimuni ada lagi.

hari aku keluar dari matrik..

best kenal dengan mereka semua.. InsyaAllah i'll always keep them in my minds.. (^_^)

Wordless Wednesday

 So, sabarlah menanti. (^_^)

Tuesday, November 8, 2011

Awak Suka Saya Tak?

Assalamualaikum wbt...
Hari ni aku saja nak buat review novel yg baru aku habis baca..
Sangatlah best jalan cerita dia.. kalau la dapat lelaki baik macam Hilman Yong.. huh.. berangan je keje aku.. :P
jom baca sinopsis novel ni..


Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…"
Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja."
Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya."
Intan Zulaikha

love this story so much.. terbaik lah penulis Melur Jelita ni berkarya...
^_^

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha.

Assalamualaikum wbt..

Selamat hari raya Aidiladha semua..
Semoga semua berbahagia di hari yang mulia ini..

*start esok memang makan daging je la.. hehehe.. :)*
^_^

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday

2 days left.
so NERVOUS!!!

Baby Hasya

Asslamualaikum wbt..

hari-hari aku diisi dengan budak kecik ni. baru 8 bulan tapi dia punya lasak macam budak umur 3 tahun. letih eden melayan dia. budak kecik nie nama Hasya Nabilah, sepupuku. Almost every night tidur dgn aku. macam ada anak pula aku rasa. kalau dia menangis malam aku or adik kena bangun buat susu. hahaha. :D kalau aku tgh mengadap lappy ada la budak kecik ni atas riba. sibuk nak menekan2 keyboard. nak berfb or bertwitter jugak kot dia. ni lagi gambar hasya.
bila duduk dgn teddy ni mesti hasya buat muka macam tu. terlebih excited kot. :D

mata saya bulat la.
aku suka bagi dia pakai tudung. nampak muka cute and mata bulat hasya. hehehe :)

Saturday, October 29, 2011

Result???

Assalamualaikum wbt..
RESULT??? 
aku takmau pikir.. :P

*xde motif betul ape yg aku nak taip* :D

Friday, October 28, 2011

melayan kawanku yang kebosanan

Assalamualaikum...
thanks to cik adik manis Nor Fazleen Zakaria sebab rajin mengetag saya dlm post dia.. tak tau apa nama game nie tapi semua sampai nombor 11.. dlm post cik Fazleen kata kena follow rule nie dulu.. *saya  tak akan follow semua ye* ..
  1. you must post these rules..
  2. each person must post 11 things about themselves in their journal..
  3. answer the question the tagger set for you in their post. and create new 11 question for the people you tagged to answer..
  4. you have to choose 11 people to tag and link them on the post
  5. go to their page and tell them you have tagged him/her
  6. no tag back!
 *Aku just nak buat rule no.2 dan jawab ape yg cik fazleen post.. sorry leen malas nak pikir soalan lagipun tak de sape yg saya boleh tag*


okey starts with 11 things about me:
  1. nama aku Nurul Dayana Bt Abdul Satar.
  2. aku budak pasir mas, kelate. org selalu kata aku mcm bukan org kelate. selalu kena cop org utara. maybe sbb byk ikut genetik abah aku yg asal kedah kot.
  3. Aku boleh dikategorikan bongsu untuk orang yang lahir dlm 1992 sbb birthday ku 30.12.1992 tapi aku sulung dlm family.
  4. aku sayang sgt dengan familiku
  5. honestly aku tak peramah dan susah nak tegur orang dulu. biasanya kalau orang start tegur baru aku banyak cakap. *tegur la aku ye* :P
  6. seorang yang susah nak share problem dgn org lain melainkan kalau tertekan sangat ataupun aku nangis je senyap2 atas katil.hehe...
  7. aku cuba untuk jadi pendengar yg setia untuk kawan2 aku if diaorang ada problems.
  8. suka benda yang simple. aku akan cuba elakan sesuatu yang menyerlah mcm something with striking color.
  9. suka warna brown n black.
  10. setakat nie aku boleh memasak makanan yang simple2 je.. nak belajar memasak lagi..huhu
  11. adik-adik aku kata aku garang. 'aku garang la sebab diaorang degil n malas'. haha.
okeyh..sekarang nak jawab soalan dari Leen nie..

1. suka aku x?? haaa...baik korang jujur! :p   
     suka ngan kamu especially time tgk kamu blur.. hehe
2. korang dah janji ngn best friend korang nak hang out esk...then tetibe,orang yg korang minat   selama ni, msj korang and ajak lepak esk..same time.. korang akan??
    tak keluar ngan sape2 kot. duk rumah je la. senang tak payah fikir.
3. sokong 1 malysia x?? sebab??
    entahla..sokong kot..
4. umo bape korang first time jatuh cinta or have a crush on some1?? y suka that person??
    ada ke? hehe.. masa form 1 ade rasanye.. tk mau citer pjg..
5. apa benda paling bangang yang pernah korang buat sepanjang hidup korang?
    rasanye takde lagi. :P
6. perasaan bila ada kawan yang tak reti nak senyum?
    fikir positif maybe dia ada problem kot.. kita still senyum je.. :)
7. if someone suka gila2 kat korang, and korang pun actually suka gila kat dia tu...then, dia tnye...sudi x  jadi bf/gf si dia... korang nak jawab ap??
    dah suka sama suka, ofkos sudi. *gatai jgk dayana nie* :P
8. bangun pagi, korang baca doa tidur x?? tak baik tipu :p
    Kadang-kadang.. hehehe..
9. ciri2 lelaki/perempuan yang korang sgt2 suka...
    baik, jujur, bertanggungjawab.. bukan playboy yg pasti.. :)
10. 10 thn akan datang...apa dalam pikiran korang?? ce cite...
      10thn lagi umur 29 so harap2 masa tu dah ade kerja tetap, dapat bawa family bercuti kat oversea dan    
      dah ade keluarga sendiri..hehe..insyaAllah..
11. facebook ke twitter menjadi pilihan hati korang..?? y??
      facebook still layan. tapi banyak guna twitter sbb ade privacy sikit. 

Finally habis jugak.. sy agak kemalasan nak buat soalan dan tag orang.. so setakat ni je la.. hehe.. ada jugak aktuviti kat blog yang aku boleh buat kali ni.. terima kasih banyak kat leen.. (^_^)

Sunday, October 16, 2011

One of my activity :D

I'm really addicted to this show right now...
RUNNING MAN!!!
GwangSoo..JaeSuk..JoongKi..SukJin..JongKook..JiHyo..Gary..Lizzy..HaHa..  ♥ ♥
running man already in episode 64..but i've just watched untill episode 25..still have 39 episodes.. i'll finish it during this semester's break.. :D

Tuesday, October 11, 2011

Courses for next sem.

  • Financial Accounting 3 (FAR 200)
  • Computerised Accounting (AIS 280) 
  • Costing System and Planning (MAF280)
  • Principle of Marketing (MKT243)
  • Introduction to Commercial Law (LAW240)
  • Konsep Perakaunan Islam (CTU231)
  • English for Academic Purposes (BEL311)
  • English for Occupational Purposes (BEL312) 
  • Co-curriculum 3
9 courses for next sem.. i hope i can give my best.. huhuhu 
^_^

Saturday, October 8, 2011

Holidays for six weeks

Assalamualaikum wbt...
rasanya cuti sem kali yang akan jadi cuti paling lama.. nanti dah takde cuti panjang coz ada kelas masa cuti for next sem..huhu..
aku tak tau ape yang patot dibuat sepanjang cuti kali ni selain baca novel n layan movie.. mcm cuti sebelum nie ada la jugak aku kena masak2 or kemas2 rumah..hehe.. tapi kali ni aku bukan duk kat umah sendiri..tapi duk rumah makcik...huhuhu.. so mmg aku habiskan segala movie yang aku amek ngan kwn2 la nampaknye..
<but still thinking about my activities during this holidays>
^_^

Thursday, October 6, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah..
aku bersyukur sebab dah habis semester 2..
aku jugak sempat jumpa ngan umi dan abah kat Kelana Jaya sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci. Alhamdulillah.. Agak sebak masa peluk umi ngan abah tadi.. bukan sebak je tp dah menangis pun.. tapi aku tetap happy sebab tercapai jugak hajat umi ngan abah nak tunaikan haji tahun ni.. Alhamdulillah ya Allah kerana bagi peluang itu..

Wednesday, September 21, 2011

Always miss and remember them.. InsyaAllah.

Bermula satu pertemuan..
terjalin sebuah ikatan..
tercipta seribu kenangan..
kini hadirnya perpisahan menguji keutuhan dan kesetiaan dalam persahabatan..
lantaran itu belajarlah menghargai sebuah kenangan..
kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan..
dan tak mungkin akan berulang lagi..
malah tiada siapa yang mampu mengubahnya..
itulah realiti kehidupan..
Namun sebuah persahabatan yang sejati,
pasti akan membawa kerinduan yang abadi...



I miss my friends a lot...  ♥ ♥ ♥

Tuesday, September 20, 2011

F.I.N.A.L E.X.A.M

uwaaaaaa........takut nak final...
tapi aku rasa mcm tk study apa2 pon lg nie..huhu
dua hari lagi start first paper...
jadual exam kali ni agak tak menarik sebab ada subjek yg xde gap untuk next paper and yg paling geram sekali bila jauh sgt gap ngan last paper.. lima hari kot gap... kalo tak, dah boleh balik kampung awal lagi...huhuhu.. sabo je la...
kla, aku nk start study dah... bye2..
wish me luck!!!!!
^_^

Wednesday, September 14, 2011

I'm a lonely girl

I don't know why i'm feel such that feeling..
'lonely' is one word that always make me thinks about it nowadays..
:'(

Monday, September 5, 2011

riang ria raya 2011


Assalamualaikum…
Selamat hari raya semua… hari ni dah hari raya ketujuh..huhu..
raya tahun ni aku bangun awal2 pagi lagi.. tu pon sebab kena paksa bangun..haha..malas btul nak bangun pagi2 ni.. aku bangun pagi, tolong kemas apa yang patut.. pastu pegi solat raya kat masjid… tenang dapat dengar takbir raya kat masjid.. lepas solat pergi kubur arwah tok ayah..lepas tu pegi rumah ayah ngah n cik long..
Part yang paling best masa raya pertama bila family berkumpul ramai2 kat rumah..tapi ada je yang tkde sbb balik kampung keluarga satu lagi n study kat oversea..mcm2 mana pun tetap best and meriah.. malam tu jugak mcm nk pekak je telinga sebab mercun..bukan budak kecik yg maen tapi sepupu sepapat yg dah besar n bley jadi bapak org…haha..aku mampu tengok je la diorg maen.. tak de keberanian nak join..takut..hehe.. 
ni lah gambar2 raya familyku...
keluargaku di pagi raya.. :-)

ngan pak sedare.. ayah lie

family c.nah n familyku bersama tok wan..
pemberi duit-duit raya.. :)

budak besar kutip duit raya.. :P

abe iwe tlg kutip duit raya anak2.hehe.bagus sgguh abah sorang ni..

malu dalam seronok dapat duit raya.. :D

pakat nak tutup telinga bila dah pasang mercun..

bunga api yg terhasil.. cantikk.. :)
3/4 of my big family - Raya2011
InsyaAllah tahun depan akan ada ahli baru...best2... 
^_^

p/s:diriku sudah ada kat puncak perdana..rasa cuti kejap je..huhuhu..

Friday, September 2, 2011

Kisah Dongeng

I don't know who sang this cover version of kisah dongeng-stacy..
nice voice..and i love the lyric.. :)




Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba  
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Friday, August 26, 2011

Rumah Manis Rumah

Assalamualaikum w.b.t..
rumah..manis..rumah..
Saya  dah ada di rumah...hari ni aku boleh masak-masak ngan umi..
rindu nak masak-masak..
bye..bye.. nak sambung tido..pening dalam bas tadi tak hilang lagi..
^_^

Wednesday, August 24, 2011

Balik Raya!!!!

InsyaAllah lebih kurang 6 hari lg nak raya...tahun ni aku n family still raya kat kelantan dan tak balik kedah...aku rindu jugak nak beraya kat kedah.. tapi disebabkan ada problem so tak boleh la nak balik..hmmm..
sebelum raya nie insyaAllah aku sempat berpuasa kat rumah dlm 4 hari...esok mlm aku bertolak balik.. terawal sehari dari org lain coz aku beli tiket lambat...hehe.. okey gak, boleh la duk rumah lama sikit..aku pun harap dapat bukak puasa ngan kawan aku, Asma Hanim.. dia dah nak fly sabah raya ke 9...huhu..sedih...
aku harap raya tahun nie happening compared to tahun lepas.. tahun lepas aku sedih sbb aku tak sempat nak jumpa arwah atuk aku dan jaga dia masa sakit..aku tak sempat balik tengok arwah atuk sbb still kat penang.. dah hampir setahun Allahyarham kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah buat tok ayahku, Allahyarham Abdullah b. Othman...semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah S.W.T...
raya 2010-my big family