Wednesday, July 20, 2011

Pasir Mas >> Kota Bharu >> Bachok

Assalamualaikum wb.t..
hari ni aku hangout ngan kawan2 ku.. memang setiap kali cuti kitaorang tetap akan jumpa walaupun sekejap... diaorang la kawan aku dunia akhirat...hehe.. aku rindu gler kot kat kawan2 aku nie bila duk jauh.. walaupun ada jugak yang sama kolej ngan aku tapi lain sangat rasa bila tak cukup orang ni time berkumpul... hang out tadi pun bukan semua ada,yang ada aku, bie, hannan, eliy, tini, n pijah... tapi tetap happy... ^^
kami berenam yang keluar tadi, tini selaku empunya kereta yang bawak kitaorang dari pasir mas ke kota bharu..
bila sampai kat kota bharu, tetiba pulak ada yang dapat idea ajak pergi pantai... apa lagi lepas keluar dari parkson tini pun bawak la kereta sampai ke Pantai Irama, Bachok.. memang jauh perjalanan la tadi.. sepatut ada jalan dekat pegi lalu jalan jauh.. ini semua disebabkan kami khusyuk berbual sampai tak sedar dkat kawasan mana dah sampai...hehe.. macam mana pun dapat jugak aku pergi pantai balik cuti ni.. tenang sangat dapat tengok laut..rasa bebas.. huhu.. kami sempat jugak makan dan berpose kat pantai tadi..





some of notes utk org sabah-to-be :)

^_^

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban

Di dalam bulan Syaaban terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)
1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Umat Islam juga sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)
 Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah

I'm Home - mid sem break

I'm home!!!!
seronok dapat balik rumah yang tercinta nie..
aku cuti seminggu je.. tapi macam-macam benda planning nak buat.. jumpa kawan-kawan.. pegi sekolah lama.. dan tak lupa jugak buat assingnment n tutorial yang bertimbun.. habis je cuti akan berperang dengan test and kuiz pulak.. nampaknye cuti seminggu kali ni memang cuti yang busy la...
tadi aku sampai rumah pukul 8 pagi, lepas tu terus pegi hantar adik kat sekolah, breakfast, teman umi pergi pasar dan pegi jumpa doktor homeopathy.. tak sempat nak balik rumah dah kena jumpa doktor.. tak pasal-pasal kena makan ubat sepanjang cuti ni.. huhu..  lepas selesai semua urusan, sampai je rumah aku terus tidur sampai tak perasan dah petang rupanya... letih kot duk atas bas 8 jam...  macam mana pun still happy dapat balik rumah... home sweet home. ♥♥♥
^_^

Wednesday, July 13, 2011

♥Addicted ♥

tak tau nak taip apa sebenarnya ni..hmmm..
aku rasa macam nak citer apa yang aku buat dan minat lepas habis spm tahun 2009.. tak banyak pun aktiviti yang aku buat..lepas habis je last paper, malam tu aku ngan family bertolak pegi K.L.. duk seminggu kat kl..ronda-ronda..pusing-pusing kl.. then lepas tu bila smpai tarikh 30 dec aku daftar masuk driving school memandang hari tu baru aku cukup 17 tahun..hujung tahun baru cukup 17 aku ni.. dalam 2 kali seminggu aku kena pegi blajar memandu.. okay, selain blajar memandu aku start gila layan korean.. memang dah gler sgt ngan dunia hiburan korea sepanjang cuti..  nie sume aku blajar dari kwn aku, pjah.. dia memang dah lama minat korean.. macam2 kumpulan korea aku start  kenal.. .mula-mula, aku minat kat satu kumpulan nie, SS501.. sume pasal group ni aku amek tau... memory laptop aku penuh pasal diorg, start diorang debut,music video, variety shows yang diorang join sume aku download.. tapi sekarang aku dah kurang sikit follow coz group ni dah gerak solo..
SS501-Jung Min,HyungJoon,HyunJoong,YoungSaeng,KyuJong
Lepas aku dah tak follow sangat SS501, aku start minat kat other groups.. aku minat kat SHINee, 2PM, Beast and Ukiss.. aku minat kat SHINee lepas dengar lagu Juiliette and tengk Hello Baby.. sweet sangat tengok diorang jaga baby.. 2PM pulak start aku tegok music video I'll Be Back.. masa tu baru dua hari video tu keluar.. aku memang suka sgt dengar lagu tu.. dari lagu tu mula keluar tgh tahun 2010 sampai sekarang ringtone fon aku tak ubah-ubah.. B2ST and Ukiss pulak sebab aku banyak tgk korean variety show jadi kenal lah dengan group2 nie...lagu2 diorang pun best2 jugak..
B2ST

SHINee in Hello Baby

U-Kiss


Sejak aku kenal korean enterntainment, dah jarang layan lagu melayu n hiburan Malaysia.. aku rasa happy bila dapat tgk variety show diaorang ni.. lain dari yang lain.. some variety show diorang ada jugak pengajaran tersendiri mcm strong heart.. dalam mp3, fon aku mmg banyak lagu korean la.. aku rasa aku ni macam lebih update pasal korean entertainment banding kat negara sendiri..huhu.. macamana pun, aku still layan lg setengah2 lagu melayu n citer melayu nih.. masih tak lupa negara sendiri lagi.. cuma kalau ada artis baru kat dalam negara ni mmg lmbat la sikit aku kenal diorang ni.. hehe.. :)
^_^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Monday, July 11, 2011

shiema sufian : FIRST GIVEAWAY

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  congratz to shiema..dah lebih 500 follower dia...hehe..love u lahh... :))

UiTM vs KKK

Semalam semua students yang ambik ko-k kena pergi induk ada perlawanan akhir Liga IPT.. UiTM lawan Kolej Komuniti Kedah.. kitaorang sampai kat induk dalam pukul 5..  petang tu adela aktiviti senamrobik ngan ceramah dulu.. memang ramai la kat padang kawad semalam coz student puncak alam, UiTM Melaka n Negeri Sembilan pun datang jugak.. lebih kurang 2 ribu yang berkumpul semalam.. kat sana kitaorang dapat kupon KFC setiap orang.. dapat la makan kfc kat tengah2 padang kawad.. mmg banyak la UiTM dapat sponsor kali ni.. dalam pukul 8 macam tu semua dah masuk stadium.. aku n kawan-kawan duk dekat jugak dengan kelab penyokong UiTM.. kat area kerusi I.. memang bising ar duk kat situ..
sebelum seat full



aku memang bosan ar tengok bola semalam sebab tak minat sangat.. dalam tak minat sgt pun still bersorak bila UiTM hampir nak gol.. tp tak masuk-masuk jugak sampai habis masa.. last sekali masuk gol dengan penalti, 7 kali tendangan...  memang berdebar ar aku masa tu..sejuk tangan, mcm aku pulak yang kena sepak bola tu..haha..akhirnya UiTM menang 5-4..Alhamdulillah.. tahniah pemain-pemain UiTM.. tak sia-sia aku pergi semalam.. dahla aku siap bagitau family suruh tengok kat Arena tolong sokong jugak UiTM....hehe.... UiTM dihatiku... ^_^

Friday, July 8, 2011

Kebosanan melanda bila weekend

Bila weekend datang mesti aku bosan giler kat kolej..tak tau nak buat ape.. selalunya weekend mesti ada dalam 3 orang je tinggal kat rumah...yang lain mesti balik rumah sendiri or sedara mara...aku boleh je kalau nak balik umah makcik, tapi aku kurang suka sikit duk rumah orang..rasa lain macam je..tak tau nak buat apa bila duk umah orang ni.. dah la aku nie jenis tak banyak cakap dan sebenarnya memang tak ramah pun dengan orang.. lain la kalau orang start berbual dulu.. tak kan la tiap kali hujung minggu je aku nak keluar kot..dah tak tau nak pergi mana.. duit pun banyak habis kalau keluar..macam Jumaat lepas aku keluar pergi sunway ngan alia...nasib la duit yang ada kat tangan tak habis dan aku tak kena withdraw duit pun keluar aritu..

For this weekend, nampaknye rumah tak sunyi coz ramai yang ada kat rumah.. lagipun kiteorg ada byk test, quiz and presentantion minggu depan..dah la minggu tu, minggu sebelum balik kampung...memang feeling nak balik je la minggu tu..harap-harap dalam feeling nak balik pun, dapat buat yang terbaik dlm test n quiz... InsyaAllah.. :))
::tak berapa nak sihat sikit minggu ni, byk pulak penyakit yang dapat minggu ni::
^_^